Kementerian Pertahanan Malaysia Dan Angkatan Tentera Malaysia Tandatangan Ikrar Bebas Rasuah Perangi Rasuah

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kementerian Pertahanan dan pasukan Angkatan Tentera Malaysia yang telah mengambil inisiatif menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sebagai satu usaha mencegah dan membanteras segala bentuk rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan dalam kalangan warga kementerian dan ATM itu.

Ikrar tersebut ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg Dato' Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi dan Panglima Angkatan Tentera, YM Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Majlis lafaz dan tandatangan Ikrar Bebas Rasuah yang berlangsung di Dewan Perkasa, Wisma Perwira itu disaksikan oleh Menteri Pertahanan dan Menteri dengan tugas-tugas khas di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad.

Pasukan pertahanan terunggul negara tersebut merupakan rakan seperjuangan yang dapat membantu SPRM sama-sama membanteras rasuah secara habis-habisan di setiap peringkat.

Penglibatan pasukan pertahanan negara ini amat penting kerana perbuatan rasuah,penyelewengan dan salah guna kuasa juga melibatkan isu keselamatan dan ketenteraman negara.

Justeru, dengan adanya pasukan pertahanan ini bergabung tenaga bersama SPRM dalam memerangi jenayah rasuah, nescaya ia akan mengurangkan perbuatan pelakuan rasuah bukan sahaja dalam kalangan penjawat awam malah semua golongan masyarakat.

Usaha tersebut juga sekaligus akan memantapkan keutuhan serta tadbir urus Kementerian Pertahanan selain meningkatkan disiplin dan sistem pemerintahan ATM.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

PUTRAJAYA

17 APRIL 2017

Kementerian Pertahanan Malaysia Dan Angkatan Tentera Malaysia Tandatangan Ikrar Bebas Rasuah Perangi Rasuah  PDF
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
226
Semalam
432
Minggu Ini
1224
Bulan Ini
5003

Keseluruhan
3210236