SPRM Jalin Kerjasama Dengan China Banteras Rasuah

 

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), YBhg. Datuk Dzulkifli Ahmad telah menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Menteri Biro Pencegahan Rasuah Kebangsaan dan Ketua Pengarah Bahagian Kerjasama Antarabangsa Suruhanjaya Pemeriksaan Disiplin, Liu Jianchao dari China, hari ini.

Pertemuan itu merupakan satu usaha bagi menyambung hubungan baik yang sedia terjalin antara kedua-dua pihak dalam memerangi rasuah.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak telah berkongsi dan menukar maklumat khususnya dalam mewujudkan satu mekanisme antara China dan negara-negara Asia dalam kerjasama membanteras rasuah.

Kedua-dua pihak turut bersetuju untuk bekerjasama dari sudut siasatan dan pandangan dalam isu-isu berkaitan rasuah, salah guna kuasa serta peningkatan kemampuan dalam membasmi rasuah di peringkat antarabangsa.

Kerjasama ini juga sekali gus akan membuka ruang dan peluang kepada SPRM bagi meluaskan usaha perjuangan memerangi jenayah rasuah dan salah guna kuasa dengan negara-negara lain pada masa akan datang.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

PUTRAJAYA

14 APRIL 2017

SPRM Jalin Kerjasama Dengan China Banteras Rasuah  PDF
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
100
Semalam
2772
Minggu Ini
12544
Bulan Ini
63322

Keseluruhan
2906508