Kerajaan Negeri Perlis Tandatangani IBR Bersama SPRM

Kerajaan Negeri Perlis hari ini menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) atau Corruption Free Pledge yang diperkenalkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menjalankan tugas-tugasyang telah diamanahkan dengan ikhlas, telus serta bersih daripada sebarang anasir rasuah dansalah guna kuasa.

Pada majlis tersebut, Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Azlan Man mendahului upacara menandatangani IBR yang disertai oleh Speaker Dewan Undangan Negeri, tujuh Exco, tiga timbalan Exco dan tiga ex-officio.

Majlis yang berlangsung di bilik Gerakan 1, Kompleks DUN Perlis itu disaksikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad.

Inisiatif ini sekali gus memperlihatkan kesungguhan Kerajaan Perlis bagi memastikan pentadbirannya dilaksanakan dengan lebih telus serta bebas.

Dengan menandatangani IBR, kerajaan negeri memperlihatkan kepimpinan melalui teladan selain menunjukkan sokongan yang padu kepada inisiatif-inisiatif yang dilakukan oleh SPRM.

SPRM berharap inisiatif ini dapat menyekat perbuatan atau penglibatan dalam rasuah dan salah guna kuasa di peringkat tertinggi pentadbiran negeri lagi.

IBR merupakan satu usaha yang diperkenalkan oleh SPRM yang mana ia menekankan kepada ikrar serta janji dalam kapasiti sebagai individu oleh mereka yang terlibat bagi menjunjung tanggungjawab untuk menghindari diri daripada terlibat dengan sebarang gejala rasuah dan salah guna kuasa sepanjang melaksanakan tugas.

Ini adalah kerana rakyat sering memerhati, menguji dan menilai perjalanan pentadbiran institusi perkhidmatan awam.

Oleh yang demikian, setiap jentera pentadbiran kerajaan perlu mencerminkan wajah institusi yang bersih dan bebas daripada sebarang anasir rasuah.

SPRM juga berharap negeri-negeri lain akan turut mengambil inisiatif untuk menandatangani IBR bagi menunjukkan komitmen pihak pentadbiran dalam menangani isu rasuah dan salah guna kuasa.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

PERLIS

14 MAC 2017

Kerajaan Negeri Perlis Tandatangani IBR Bersama SPRM  PDF
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
100
Semalam
2772
Minggu Ini
12544
Bulan Ini
63322

Keseluruhan
2906508