SPRM Tangkap EXCO Johor, Datuk Abd. Latif Bandi Bantu Siasatan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menangkap ahli Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Abd. Latif Bandi bagi membantu siasatan berhubung penglibatannya dalam isu hartanah di Johor Bahru.

Beliau ditangkap di Pejabat SPRM Negeri Johor kira-kira jam 10.50 pagi hari ini.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM dan Seksyen 4 Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

SPRM meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi jaminan siasatan akan dijalankan dengan telus.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

PUTRAJAYA

9 MAC 2017

 SPRM Tangkap EXCO Johor, Datuk Abd. Latif Bandi Bantu Siasatan PDF
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
42
Semalam
159
Minggu Ini
1270
Bulan Ini
5120

Keseluruhan
3196639