KUCHING, 4 Disember – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sarawak, dengan kerjasama Unit Disiplin dan Integriti Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALB), telah menganjurkan satu Bengkel ‘Corruption Risk Management’ (CRM).

Bengkel tiga hari itu telah diadakan di SCOPE, Bangunan Yayasan Sarawak di sini pada 29 November dan dikendalikan sepenuhnya oleh PKPj Norisah Chukra dari Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan, Ibu Pejabat SPRM.

Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Sarawak PKPj Zulhairy Zaidel telah menyampaikan Amanat Khas semasa Bengkel itu.

Pengarah JBALB Sarawak Chang Kuet Shian, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Sarawak PPj Chang Ching serta 30 peserta yang terdiri daripada pegawai kanan dan kakitangan JBALB Sarawak telah menyertai Bengkel tersebut.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
22
Semalam
148
Minggu Ini
860
Bulan Ini
1968

Keseluruhan
3408675