PUTRAJAYA, 1 Dis. – Kelab Sukan Rekreasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengadakan pertandingan Boling Kuartet Piala Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan)(TKP) (P) SPRM 2018 di ARL Bowl Alamanda, Putrajaya tengah hari tadi.

Perlawanan tersebut menyaksikan pasukan O-Yeah menjuarai pertandingan ini menerusi jatuhan pin sebanyak 1768. Pasukan ini membawa pulang hadiah berupa wang tunai, piala pusingan serta hamper.

Manakala pemenang bagi kategori individu wanita dimenangi oleh P/Ps Yusliza Mohd. Yusof dari Bahagian Pendidikan Masyarakat, SPRM dan juara kategori individu lelaki dinobatkan oleh Kamarul Azman Mohamed Jaafar dari Bahagian Pengurusan Integriti Agensi, SPRM.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), SPRM, Dato’ Shamshun Baharin Mohd. Jamil mengucapkan terima kasih kepada warga SPRM terhadap komitmen yang diberikan untuk turut serta dalam perlawanan ini.

“Perlawanan Boling Kuartet Piala TKP(P) SPRM 2018 diadakan bertujuan untuk membina hubungan yang lebih rapat bersama pegawai dan kakitangan SPRM.

“Selain itu juga, diharapkan kesemua peserta khususnya yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini berjuang dengan semangat kesukanan yang tinggi,” katanya.

Turut hadir Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Dato’ Ja’afar Mahad, pengarah-pengarah bahagian serta negeri SPRM.

 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
24
Semalam
148
Minggu Ini
862
Bulan Ini
1970

Keseluruhan
3408677