KOTA BHARU 5 Nov. - Semua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diwajibkan meningkatkan prestasi kerja bagi memastikan kelancaran kepada setiap tugasan operasi, pencegahan dan pengurusan suruhanjaya ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme), Dato’ Ja’afar Mahad berkata, ini berikutan pada ketika ini SPRM merupakan sebuah agensi tumpuan masyarakat dan menjadi fokus selepas Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

“ Selepas PRU-14 lalu, banyak kes-kes berprofil tinggi telah berjaya dilaksanakan oleh SPRM yang membuktikan kepercayaan rakyat kepada kita.

“Justeru, diharapkan semua pegawai SPRM dapat meningkatkan prestasi dalam setiap tugasan agar dapat memberikan impak dan imej positif di mata masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penyerahan Tugas Pengarah SPRM Negeri Kelantan, di sini hari ini.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Pengarah baharu SPRM negeri, KPKPj Ramli Ismail, bekas pengarah, Dato’ Moh Samsuddin Yusof dan Timbalan Pengarah, PKPj Rostam Abu Hassan.

Ramli dilantik sebagai Pengarah SPRM negeri pada 1 Oktober lalu bagi menggantikan Moh Samsuddin yang bersara wajib pada 9 September.

Sementara itu, Ramli berkata, SPRM negeri akan memfokuskan isu rasuah dalam kalangan agensi penguatkuasaan memandangkan kedudukan geografi yang berdekatan dengan kawasan sempadan.

“Kita akan ambil kira kedudukan negeri yang berada di kawasan sempadan. Ini kerana tetdapat ruang dan peluang bagi agensi penguatkuasa untuk menjalankan aktiviti rasuah. Perkara ini akan ditangani dengan baik dan efisien,” katanya.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
75
Semalam
159
Minggu Ini
234
Bulan Ini
3282

Keseluruhan
3404733