PUTRAJAYA, 2 Nov. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah berkongsi pengalaman dalam pembentangan Fostering Culture Of Zero-Tolerance Towards Corruption Through Engagement And Partnership With Stakeholders: The MACC Experience dan The MACC Action Plan for 2017- 2019 yang berlangsung di Hotel Jen, Tanglin, Singapura baru-baru ini.

Inisiatif tersebut dibentangkan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Dato' Shamshun Baharin Mohd. Jamil semasa beliau hadir ke 14th Principals Meeting of the Southeast Asia Parties Against Corruption (SEA-PAC).

Beberapa perkara yang dibentangkan termasuklah hubungan bersama pemegang taruh SPRM, inisiatif-inisiatif baharu pencegahan rasuah yang dilaksanakan oleh SPRM seperti Ikrar Bebas Rasuah, liabiliti korporat, Anti-Bribery Management System MS ISO: 37001: 2016 dan Angkatan Mahasiswa Antirasuah.

Mesyuarat ini dihoskan oleh Corrupt Practices Investigation Bureau (CPIB), Singapore untuk berkongsi pengalaman dan mengemaskini inisiatif pencegahan rasuah yang dijalankan oleh setiap agensi penguatkuasaan di negara masing-masing.

Selain itu, turut diadakan bengkel berkaitan Applying Innovative Tools in the Fight Against Corruption” yang dianjurkan oleh CPIB dan United Nations Office on Drugs and Crime yang dibentangkan oleh PPj Suzana Alias dari Bahagian Pengurusan Rekod dan Maklumat, SPRM.

Turut hadir pegawai-pegawai SPRM dan wakil agensi penguatkuasaan dari Corrupt Practices Investigation Bureau, Singapore; Anti-Corruption Bureau, Brunei; Anti-Corruption Unit, Cambodia; Corruption Eradication Commission, Indonesia; State Inspection and Anti-Corruption Authority, Lao PDR; Anti-Corruption Commission, Myanmar; Office of Ombudsman, Philippines; Office of the National Anti-Corruption Commission,Thailand dan Government Inspectorate of Vietnam.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
73
Semalam
159
Minggu Ini
232
Bulan Ini
3280

Keseluruhan
3404731