PUTRAJAYA, 11 Okt- SPRM dengan kerjasama Kolej Universiti Saito telah mengadakan Seminar Integriti Mahasiswa Saito (SIMS) bertempat di Auditorium SPRM.

Program yang disertai oleh 270 pelajar Kolej Universiti Saito ini telah didedahkan pengetahuan rasuah melalui ceramah yang bertajuk "Integriti Mahasiswa" yang disampaikan oleh Cik Wan Nororaine Husin dari Institut Integriti Malaysia (IIM) serta ceramah integriti oleh PsK Rosmadi Kasim dengan tema “sediakan payung sebelum hujan”.

Sesi petang pula dimulai dengan Forum bertajuk "banana cinta buta" bersama dua panel iaitu PKPj Samsul Salip bersama Ustaz Shamsul Debat. Forum dikendalikan oleh Ustaz Mohd Azlan Kadar dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Majlis diikuti dengan lafaz sumpah keramat oleh Presiden MPP Saito serta perasmian penutupan oleh Dato' Shamshun Baharin Mohd Jamil. Turut hadir Naib Canselor Saito, Professer Sulung Ahmad; Pengarah Penmas SPRM , TPj Tuan Ruslan Tuan Mat serta pensyarah-pensyarah Kolej Universiti Saito.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
49
Semalam
166
Minggu Ini
937
Bulan Ini
8265

Keseluruhan
3399754