PUTRAJAYA, 9 Okt - Program ‘Senior Executive Certificate Course For Strategic Management Of Anti-Corruption’ anjuran Pusat Pengajian Antarabangsa, Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) dan Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP) telah menarik penyertaan seramai 17 orang wakil dari negara Maldives, Brunei, Zambia, Zimbabwe, Azerbaijan, Tajikistan, Dominican Republic, Nepal, Bhutan, Egypt, Sri Lanka dan Philippines.

Program ini telah diadakan dari 13-17 Ogos yang berlangsung di Dewan Kedah, MACA dan telah disempurnakan penutupannya oleh Timbalan Pengarah MACA, KPKPj Abdul Razak Hamzah.

Objektif kursus ini diadakan bagi menambahkan ilmu pengetahuan dan juga memperkukuhkan kepakaran dalam program pencegahan rasuah.

Sepanjang program ini diadakan, peserta didedahkan dengan pelbagai elemen yang efektif merangkumi bidang siasatan, perisikan, pendakwaan dan pencegahan sebagai panduan peserta dalam menjalankan tugas.

Manakala tenaga pengajar yang mengendalikan setiap modul untuk kursus ini adalah terdiri daripada pegawai-pegawai SPRM dan juga Transparency International Malaysia yang pakar serta berkebolehan dalam bidang masing-masing.

Selain itu, peserta program ini turut mengadakan lawatan ke bangunan SPRM di Putrajaya serta ke Wisma Putra bagi mendapatkan penerangan berkenaan dengan program dan bantuan teknikal di bawah MTCP.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
41
Semalam
166
Minggu Ini
929
Bulan Ini
8257

Keseluruhan
3399746