PUTRAJAYA, 12 Sept – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah berkongsi pengalaman dalam pengurusan perisytiharan harta di Malaysia di samping inisiatif terbaru yang sedang dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan khususnya yang melibatkan perisytiharan harta Anggota Pentadbiran dan Anggota Parlimen pada dua mesyuarat peringkat antarabangsa yang berlangsung di Vienna, Austria, baru-baru ini.

Inisiatif tersebut dibentangkan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Dato' Shamshun Baharin Mohd. Jamil semasa beliau hadir pada mesyuarat “1st Resumed 9th Session of the Implementation Review Group” serta mesyuarat “9th Meeting of the Open-Ended Intergovernmental Working Group on the Prevention of Corruption”.

Mesyuarat ini adalah mekanisme yang diwujudkan di bawah United Nations Convention against Corruption (UNCAC) untuk membincangkan isu-isu dan usaha pencegahan rasuah di peringkat antarabangsa di samping berkongsi pengalaman dan amalan terbaik (best practices) terhadap negara masing-masing untuk menangani gejala rasuah.

Turut dikongsikan pada kedua-dua mesyuarat pada 3 hingga 7 September lalu itu ialah inisiatif terbaharu yang sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan melibatkan pengisytiharan harta tersebut.

Kehadiran pada kedua-dua mesyuarat ini turut dimanfaatkan dengan mengadakan perbincangan bersama pihak United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC) yang berhasrat untuk memberikan bantuan teknikal bagi menambahbaik pengurusan Perlindungan Pemberi Maklumat di Malaysia.

Dalam pada itu, SPRM turut bersetuju memberikan bantuan teknikal menerusi perbincangan yang telah diadakan bersama Pesuruhjaya Commission to Investigate Allegations of Bribery or Corruption, Sri Lanka dan Pesuruhjaya Anti-Corruption Office, Myanmar.

Pada kesempatan ini juga turut diadakan kunjungan hormat terhadap Duta dan Wakil Tetap Malaysia, TYT Dato’ Ganeson Sivagurunathan di Kedutaan Malaysia di Vienna.

Turut hadir Pengarah Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan SPRM, Dato’ Nor Azmi Karim.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
1330
Semalam
1424
Minggu Ini
2754
Bulan Ini
22496

Keseluruhan
3387099