KUALA TERENGGANU, 9 Ogos – SPRM dengan kerjasama komuniti Kampung Banggul Tok Ku dengan jayanya menganjurkan Program Gerak Mesra SPRM bersama Masyarakat Serada di Dewan Sivik Serada yang melibatkan lebih kurang 500 orang komuniti setempat.

Program ini diadakan bagi mendekatkan SPRM dengan masyarakat agar mereka bersama-sama membantu membasmi rasuah dengan melaporkan rasuah dan menyalurkan maklumat. 

Antara aktiviti yang berlangsung ialah permainan interaktif bersama murid murid dari Imitiyaz Kuala Terengganu, Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) serta kanak-kanak dari kawasan sekitar.

Majlis diserikan dengan kehadiran Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri Terengganu, YB Ustaz Ariffin Deraman serta Pegawai Daerah Kuala Terengganu, YBhg. Tuan Haji Azmi bin Razik. 

Dalam ucapan perasmian penutupannya, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Dato' Shamshun Baharin Mohd Jamil berkata, tugas membasmi rasuah bukanlah tugas eksklusif SPRM sahaja, dan SPRM tidak dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan tanpa sokongan masyarakat. 

Pada majlis ini, booth Pameran SPRM serta MACC.fm turut dibuka dan majlis dtutup dengan acara penyampaian hadiah kepada para peserta.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
175
Semalam
188
Minggu Ini
363
Bulan Ini
7691

Keseluruhan
3399180