KUALA SUNGAI BARU, 28 Mei - Majlis Pelancaran Sekretariat Pencegahan Rasuah (SPR) Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) telah diadakan di Auditorium Ibn Khaldum KUIM di sini hari ini dalam usaha menzahirkan sokongan terhadap inisiatif pencegahan rasuah oleh SPRM di peringkat Institut Pendidikan Tinggi (IPT).

Perasmian SPR KUIM ini disempurnakan Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan SPRM, Dato' Shamshun Baharin Mohd Jamil.

Naib Cancelor KUIM, Prof. Dato' Dr. Hj. Mohd Taib Hj. Dora menerusi ucapan alu-aluannya berkata, penubuhan SPR KUIM ini adalah sangat bertepatan dengan cogan kata baru negeri Melaka iaitu 'Melaka Berwibawa' yang turut membawa maksud amanah dan berintegriti.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan SPRM, Dato' Shamshun Baharin Mohd Jamil menerusi ucapan perasmiannya menyeru warga KUIM untuk bersama-sama SPRM dalam menyebarluas mesej antirasuah.

Turut hadir pada majlis ini ialah Timbalan Pengarah Bahagian Pemdidikan Masyarakat SPRM, P/TPj Tuan Ruslan Tuan Mat dan Pengarah SPRM Negeri Melaka, PPj Abu Talib Othman.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
907
Semalam
1512
Minggu Ini
7109
Bulan Ini
21883

Keseluruhan
3353139