PUTRAJAYA, 3 Apr – Warga SPRM kini boleh menikmati kemudahan Mes Pegawai dan Kedai Serbaneka Koperasi SPRM (KOSPERA) di Aras 7, Ibu Pejabat SPRM yang mula beroperasi secara rasmi semalam.

Mes Pegawai dan KOSPERA yang dirasmikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad merupakan fasiliti utama dalam memberikan kemudahan dan perkhidmatan runcit kepada semua pegawai dan kakitangan SPRM.

Kemudahan di Mes Pegawai diberikan kepada pegawai dan kakitangan gunasama N27 ke atas yang mendaftar sebagai ahli Mes sahaja dengan yuran keahlian sebanyak RM10 sebulan. Ianya juga boleh dijadikan tempat perbincangan terutamanya apabila dikunjungi pelawat atau tetamu jemputan dari luar.

Warga SPRM boleh mendapatkan barangan keperluan asas yang dibekalkan di Kedai Serbaneka Kospera kerana harga yang ditawarkan adalah berpatutan. Hadir sama pada majlis perasmian tersebut ialah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Dato’ Ja’afar Mahad, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Dato’ Shamshun Baharin Mohd Jamil serta pengarah-pengarah Bahagian dan Negeri.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
1492
Semalam
320
Minggu Ini
1492
Bulan Ini
27934

Keseluruhan
3321232