PUTRAJAYA, 1 Mac - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ni meneruskan momentum memerangi jenayah rasuah dengan melancarkan Gerakan Wanita Anti-Rasuah (G-WAR) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam satu majlis yang di adakan di Ibu Pejabat KPWKM di sini hari ini .

Perasmian Pelancaran G-War disempurnakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato' Sri Rohani Abdul Karim bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

Pelancaran G-WAR bersempena Hari Wanita Sedunia yang bakal disambut pada 8 Mac ini adalah bertujuan bagi menjadikan golongan wanita penggerak utama kepada budaya membenci rasuah dalam semua lapisan masyarakat.

Sementara itu KPWKM turut mengumumkan tahun 2018 merupakan tahun memperkasakan wanita dengan mengikut lima kluster iaitu Kluster Wanita dan Kesihatan (Gaya Hidup, Kecantikan dan Sukan), Kluster Wanita dan Keselamatan, Kluster Wanita dan Ekonomi, Kluster Wanita dan Pendidikan (Latihan dan Pembangunan Kapasiti) dan Kluster Wanita dan Budaya (Kesenian dan Media).

SPRM turut menyahut seruan tersebut dengan mengumumkan tahun 2018 merupakan Tahun Memerangi Rasuah Daripada Kalangan Wanita menerusi Program G-War.

Hadir bersama pada majlis ini ialah Ketua Setiausaha KPWKM, Dato' Suriani Dato' Ahmad; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Hj. Azam Baki, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan & Profesionalisme) SPRM, Dato' Jaafar Mahad dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Dato' Shamshun Baharin Mohd Jamil.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
22
Semalam
148
Minggu Ini
860
Bulan Ini
1968

Keseluruhan
3408675