KAJANG, 16 Januari – Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad bersama dengan pegawai-pegawai SPRM ‘turun padang’ bagi menyertai program Gerakan Revolusi Antirasuah (GERAH) yang pertama bagi tahun ini dengan bertemu kira-kira 100 pemandu teksi dan kereta sewa, di sini semalam.

Pada program itu juga, Tan Sri Dzulkifli bersama Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Dato’ Sri Azam Baki, Ketua Staf Pejabat Eksekutif Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato’ Norazlan Mohd. Razali serta pengarah-pengarah Bahagian SPRM turut menaiki teksi dari ibu pejabat SPRM Putrajaya ke Hentian Kajang, Jalan Reko dan seterusnya ke Pangkalan Kereta Sewa dan Teksi Kajang.

Semasa berucap dalam program berkenaan, Tan Sri Dzulkifli berkata, usaha pencegahan rasuah tidak dapat dilaksanakan tanpa bantuan dan kerjasama dari semua pihak.

“Terima kasih kepada persatuan teksi yang terlibat kerana bersama-sama memberikan sokongan dan dokongan kepada SPRM.

Pada program tersebut, Tan Sri Dzulkifli telah menyerahkan pelekat dan poster GERAH kepada wakil pemandu teksi selain menyampaikan mesej antirasuah kepada mereka.

Program GERAH yang telah dilancarkan oleh SPRM di seluruh negara pada 8 Mei 2017 lalu ialah perjuangan SPRM bagi menimbulkan kesedaran rakyat tentang keburukan rasuah seterusnya mendorong mereka untuk membenci rasuah dan salah guna kuasa serta bangkit untuk menentang rasuah dan perasuah.  

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
1686
Semalam
452
Minggu Ini
1686
Bulan Ini
12950

Keseluruhan
3254568