PUTRAJAYA, 27 Oktober – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Jabatan Standard Malaysia (Standards Malaysia) dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menlancarkan sistem piawaian dikenali Malaysian Standard MS ISO 37001:2016 Anti-Bribery Management Systems (ABMS) di Auditorium Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Dato’ Shamshun Baharin Mohd Jamil berkata, tujuan pelancaran sistem piawaian tersebut adalah untuk memberi panduan serta membantu untuk menambahbaik sistem pengurusan antirasuah dalam sesebuah organisasi.

"Sistem ini akan menjadi satu panduan pencegahan rasuah kepada semua pihak apabila dilaksanakan dan sejajar dengan cadangan pindaan rang undang-undang berkaitan peruntukan liabiliti dalam Akta SPRM 2009 yang bakal dibentangkan di Parlimen.

SPRM telah mengambil inisiatif dengan memohon agar piawaian ISO 37001 ini diterima pakai sebagai Malaysia Standard – MS ISO 37001:2016 bagi memperluaskan lagi penggunaan piawaian ini kepada pengguna atau organisasi di negara ini,” katanya.

Tambah beliau, Standard ini diiktiraf pada peringkat antarabangsa dalam menggalakkan amalan tadbir urus yang baik untuk sesebuah organisasi bagi melaksanakan sistem pengurusan antirasuah yang berkesan.

ABMS membuka lembaran baru bagi memperkasakan imej sesebuah organisasi berintegriti untuk lebih proaktif dalam menangani gejala rasuah.

Buat masa ini, pematuhan kepada MS ISO 37001:2016 telah secara sukarela sehinggalah ditawarkan atau dirujuk dalam akta mahupun peraturan teknikal yang berkenaan.

Turut hadir Ketua Pengarah Standards Malaysia, Datuk Fadilah Baharin; Pengarah Kanan Standardisasi dari Standards Malaysia, Encik Ridzwan Kasim serta pengarah-pengarah bahagian dan negeri SPRM.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
74
Semalam
204
Minggu Ini
1214
Bulan Ini
3817

Keseluruhan
3202910