PUTRAJAYA, 1 Okt – Tarikh bersejarah buat SPRM yang menandakan ulangtahun ke-50 hari ini disambut dengan perasmian kompleks SPRM yang baharu di Presint 7, Putrajaya oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Razak.

Pegawai-pegawai SPRM, termasuk barisan kepimpinan serta Pengarah-pengarah Bahagian dan Negeri turut mengiringi Dato Sri Najib melawat kompleks SPRM yang terdiri daripada tiga buah blok berasingan.

Lawatan beliau termasuklah kunjungan ke konti MACC.FM untuk sesi santai bersama Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Dato Shamshun Baharin Mohd Jamil, di mana beliau menyatakan hasrat agar semua pihak akan mengukuhkan lagi iltizam untuk memerangi ancaman rasuah sebagai musuh nombor satu negara.

Dato Sri Najib kemudiannya menyempurnakan perasmian kompleks ibu pejabat SPRM, diikuti dengan perasmian sambutan ulangtahun jubli emas SPRM oleh Tan Sri Dzulkifli Ahmad. Dalam ucapan perasmian, beliau menzahirkan rasa bangga dengan kompleks SPRM sebagai kompleks antirasuah terbesar di dunia yang diharap akan menyumbang kepada transformasi Malaysia sebagai negara yang lebih maju dan disanjung sebagaimana visi TN50 (Transformasi Nasional 2050).  

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri S. A. Vigneswaran.

 

 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
49
Semalam
432
Minggu Ini
1047
Bulan Ini
4826

Keseluruhan
3210059