SHAH ALAM, 29 Ogos – Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Selangor, Ir. Roslan Bin Abdul Aziz muncul sebagai ketua jabatan kerajaan yang pertama di negeri Selangor yang menjadi Sahabat GERAH hasil daripada kunjungan hormat beliau kepada Pengarah SPRM Negeri Selangor, YBhg. Dato’ Wan Ramli Bin Wan Abdullah hari ini. Kunjungan hormat ini bertujuan bagi merapatkan lagi hubungan kerjasama yang sedia terjalin antara SPRM Selangor dan JKR Selangor selain sebagai saluran untuk memperjelaskan halatuju SPRM dalam usaha memerangi rasuah dan salahguna kuasa dan penyelewengan di Negeri Selangor.

Ir. Roslan turut menyatakan kesediaan memberikan kerjasama untuk menyalurkan maklumat berkaitan rasuah yang melibatkan pegawai dan kakitangan JKR mahupun orang awam selain  bersetuju untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti pengukuhan integriti dan pencegahan rasuah dengan kerjasama SPRM Negeri Selangor. Turut sama menjadi ahli Sahabat GERAH ialah Jurutera JKR Daerah Petaling, En. Abdul Latif Bin Shariff dan Jurutera Awam Bangunan JKR Selangor, En. Hairul Faizi Bin Parham.  

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
74
Semalam
204
Minggu Ini
1214
Bulan Ini
3817

Keseluruhan
3202910