KUALA LUMPUR, 23 Ogos – Sempena sambutan 50 tahun penubuhannya, SPRM telah melancarkan pementasan teater ‘Bahara Emas’ yang  bakal dipentaskan selama empat hari bermula 19 hingga 22 Oktober 2017 di Auditorium DBP.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata teater ini ialah kelahiran sulung SPRM dalam bidang pementasan.

“Teater Bahara Emas yang diilhamkan oleh SPRM akan dianjurkan dengan kerjasama CTRA Production, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dan Istana Budaya”.

Bahara Emas ini ditulis dan diarahkan oleh Dekan Fakulti Teater Aswara, Cik Rosminah Mohd Tahir dan Pengarah Muziknya ialah Datuk Suhaimi Mohd Zin (Pak Ngah).

Skrip teater ini sarat dengan mesej mengenai bahaya rasuah yang mampu meruntuhkan sebuah kerajaan yang hebat seperti Kesultanan Melayu Melaka.

Antara bakat yang akan melakonkan teater ini ialah Faradhiya Amir, Izzue Islam, Eyzendy Aziz, Esma Daniel, Amar Asyraf, Datuk Jalaluddin Hassan, Mardiana Alwi, Kumpulan Forteen, dan beberapa pelakon lain.

“Saya berharap pementasan teater ini akan mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan rakyat Malaysia dan peluangnya adalah terhad untuk tidak sampai 3,000 penonton. Lebih menarik, persembahan teater ini bakal dibuka kepada orang ramai secara percuma”, ujar Datuk Dzulkifli lagi.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
16
Semalam
179
Minggu Ini
357
Bulan Ini
4386

Keseluruhan
3203479