KUALA LUMPUR, 1 Ogos – SPRM hari ini melancarkan Sahabat Gerakan Revolusi Anti Rasuah (GERAH) yang mempelawa dan mengalu-alukan penyertaan daripada semua lapisan masyarakat.

Matlamat utama program ini adalah untuk memberi peluang kepada masyarakat untuk sama-sama terlibat dengan SPRM dalam usaha pencegahan rasuah dan memeranginya secara habis-habisan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata program ini merupakan manifestasi terhadap kesinambungan GERAH yang telah dilancarkan pada Mei tahun ini.

Ketika berucap di Majlis Pelancaran Sahabat GERAH SPRM di Hotel Ansa hari ini, beliau berkata, “Pada hari ini SPRM memberi penghormatan kepada pegawai dari Unit Integriti agensi-agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menjadi ahli Sahabat GERAH SPRM yang terawal.

Tambah beliau, Sahabat GERAH SPRM berperanan sebagai mata dan telinga kepada SPRM, melaporkan sebarang perlakuan rasuah kepada SPRM, menyumbang tenaga dalam usaha pencegahan rasuah dan menjadi role model individu berintegriti kepada masyarakat.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
111
Semalam
199
Minggu Ini
1180
Bulan Ini
5030

Keseluruhan
3196549