PULAU KETAM, 14 Julai – Hampir 600 masyarakat Cina di Pulau Ketam hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya bersama SPRM yang diadakan buat julung kalinya di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Hwa Lien hari ini.

Datuk Dzulkifli dalam ucapannya menyifatkan majlis berkenaan merupakan sejarah baru SPRM bagi meraikan Aidilfitri bersama masyarakat Cina dengan tujuan menyebarluas mesej antirasuah dan menunaikan tanggungjawab sosial kepada masyarakat berbilang kaum.

“Semenjak menerajui SPRM, saya mahukan Suruhanjaya ini menjadi agensi mesra rakyat, disayangi rakyat dan pada masa yang sama digeruni perasuah”.

“Melalui penganjuran program ini, kita berharap masyarakat akan lebih dekat dan bersedia untuk bekerjasama dengan SPRM dalam isu Rasuah dan salahguna kuasa”, tambahnya lagi.

Datuk Dzulkifli juga menggesa orang ramai khususnya penduduk luar Bandar agar tidak perlu takut untuk menghubungi SPRM bagi melaporkan kes rasuah yang dalam pengetahuan mereka.

Dalam majlis berkenaan, Datuk Dzulkifli turut menyampaikan sumbangan duit raya dan hadiah cabutan bertuah kepada penduduk yang hadir.

Terdahulu, beliau turut beramah mesra dan menyampaikan sumbangan duit raya kepada pelajar-pelajar Akademi Tahfiz Mandarin.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan & Profesionalisme), Dato Sri Mohd Jamidan Abdullah; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Dato Shamshun Baharin Mohd Jamil; Ketua Kampung Pulau Ketam, Dato Cha Keng Lee serta pegawai-pegawai kanan SPRM.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
13
Semalam
97
Minggu Ini
983
Bulan Ini
3319

Keseluruhan
3189968