KAPAR, 15 Julai - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan slogan 'Mesra Rakyat Digeruni Perasuah' hari ini mendekati masyarakat India dalam satu majlis yang diadakan di Padang Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Methodist Kapar.

Majlis Aidilfitri SPRM Bersama Masyarakat India Kapar itu julung kali diadakan merupakan satu kelainan yang menunjukkan SPRM komited bekerjasama dengan semua kaum di negara ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad menerusi ucapan perasmiannya menyeru masyarakat khususnya kaum India agar menjadikan SPRM sebagai sahabat.

Hubungan baik antara masyarakat dan SPRM akan memudahkan masyarakat menyalurkan aduan kepada SPRM sekiranya mempunyai maklumat tentang salah laku rasuah atau penyelewengan.

Selain itu Datuk Dzulkifli juga menyeru masyarakat India Kapar agar menolak jenayah rasuah secara total.

Laungan 'Lanjam Vendam' yang bermaksud 'Tolak Rasuah' oleh beliau kemudiannya disambut oleh kira-kira 500 masyarakat India pada majlis tersebut.

Turut hadir pada majlis ini ialah Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Dato' Abdul Samat Kasah, Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik SPRM, KPKPj Mohamad Zakuan Talib, Ketua Staf SPRM, Dato' Idris Zaharuddin, Pengarah Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, Dato' Norazlan Mohd Razali, Pengarah SPRM Negeri Selangor, Dato' Wan Ramli Wan Abdullah serta pemimpin-pemimpin masyarakat India Kapar.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
74
Semalam
204
Minggu Ini
1214
Bulan Ini
3817

Keseluruhan
3202910