KUALA LUMPUR, 17 Mei - Satu lawatan mengejut telah diadakan hari ini ke Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur oleh SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Lawatan mengejut ini diadakan ke kaunter-kaunter pelanggan JIM WPKL bagi mendekati, beramah mesra, mengedarkan risalah dan menyampaikan mesej anti rasuah kepada orang ramai selaras dengan moto SPRM 'Mesra Rakyat, Digeruni Perasuah'.

Orang ramai yang ditemui sewaktu lawatan ini turut menyatakan sokongan kepada SPRM atas usaha-usaha penguatkuasaan jenayah rasuah yang kini giat dijalankan.

Selain itu, orang ramai juga menyambut baik aktiviti lawatan yang dilaksanakan oleh SPRM ini kerana ia dapat mendekatkan SPRM dengan masyarakat di samping menjadi satu amaran dan peringatan kepada perasuah bahawa SPRM berada di mana sahaja dan perasuah-perasuah ini sentiasa diperhatikan.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
1151
Semalam
1385
Minggu Ini
1151
Bulan Ini
78128

Keseluruhan
2997930