Kuala Lumpur, 14 Jun – Sempena bulan Ramadhan Al- Mubarrak, Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) telah menganjurkan program Iftar Tautan Kasih Ramadhan MACA 2017 dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Rekreasi MACA, Jawatankuasa Surau Al-Ghazali MACA serta PUSPANITA cawangan MACA.

 

Tujuan utama program ini adalah untuk menyampaikan sumbangan ikhlas kepada anak-anak yatim dan asnaf di samping mengeratkan silaturrahim di kalangan pegawai, kakitangan MACA dan kadet SPRM yang sedang melaksanakan rukun islam ketiga untuk hari yang ke 19 di bulan Ramadhan 1438 Hijrah.

 

Acara dimulakan di Dewan Tun Ismail, MACA dengan tazkirah ringkas oleh Yg Berbahagia Ustaz Ahmad Khairuddin Mohd Noor bertajuk “Hakikat dan Tujuan Puasa di Bulan Ramadhan” dan diikuti dengan penyerahan sumbangan Hari Raya kepada kira-kira 40 orang anak-anak yatim dan asnaf daripada Sek. Keb Sungai Tua, Ulu Yam, Selangor. Sumbangan telah disampaikan oleh Yg Berbahagia Dato’ Sri Mohd Jamidan Abdullah, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) dan diiringi oleh Dato’ Norazlan Mohd Razali, Pengarah MACA.

 

Usai berbuka puasa di Cafeteria MACA, semua jemputan serta anak-anak yatim dan asnaf yang diraikan telah bersama-sama menunaikan solat fardhu maghrib, tahlil ringkas, solat isyak dan diikuti dengan sorat tarawikh dan moreh.

 

Antara jemputan khas yang turut hadir ialah Yg Berbahagia Dato’ Rohaizad Yaacob, Pengarah Bahagian Kecemerlangan dan Profesionalisme SPRM, Tuan Pauzan Ahmar, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan SPRM, dan KPKPj Mohammad Soib Hj Abdullah, Pengarah Bahagian Keselamatan SPRM.

 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
86
Semalam
143
Minggu Ini
906
Bulan Ini
2884

Keseluruhan
3184209