GERAH 02: DISAYANGI MASYARAKAT, DIGERUNI PERASUAH

 

5 Jun 2017 - Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) sekali lagi turut serta dalam gelombang kedua Program Gerakan Anti Rasuah (GERAH) dan Kempen 3J - “Jangan Hulur, Jangan Kawtim, Jangan Settle”. Kali ini, MACA mensasarkan dua lokasi yang menjadi tumpuan masyarakat sepanjang Ramadhan iaitu Bazar Ramadhan Jln Tuanku Abdul Rahman dan Bazar Ramadhan Jln Kuching serta kawasan sekitarnya.

 

Lima pasukan bergabung tenaga bertemu masyarakat setempat dengan objektif yang sama untuk mencetuskan perubahan drastik dalam kalangan masyarakat negara ini dengan meletakkan rasuah sebagai jenayah nombor 1 negara. Sungguhpun berpuasa, pegawai dan staf terlibat tetap memberikan komitmen yang jitu dalam menemubual kira 2,000 orang responden.

 

Yang Berbahagia Dato’ Norazlan Mohd Razali, Pengarah MACA dilihat turut sama turun padang bertemu masyarakat setempat dalam usaha untuk menanam azam agar terus membenci rasuah, tidak menerima mahupun menawarkan rasuah dan bersama-sama memerangi rasuah dan salahguna kuasa.

 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
808
Semalam
2206
Minggu Ini
19648
Bulan Ini
74969

Keseluruhan
2994771