JASIN, 19 April - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) Melaka melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dsalam satu majlis yang diadakan di Pejabat MPJ di sini hari ini.

Lafaz ikrar dan tandatangan IBR ini diketuai oleh Pengarah Kawalan Bangunan MPJ, Encik Hiridin Hisyam dan disaksikan oleh Pengarah SPRM Melaka, PPj Abu Talib Othman.

IBR ini dilaksanakan bertujuan meningkatkan integriti serta menghindari pegawai-pegawai MPJ terlibat dengan sebarang bentuk jenayah rasuah dan salahguna kuasa, sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan mana-mana pihak yang berurusan dengan MPJ.

Turut hadir pada majlis ini ialah Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Negeri Melaka, Datuk Sazali bin Muhamad Din, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin, Tuan Shadan Othman serta Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Jasin.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
1153
Semalam
1385
Minggu Ini
1153
Bulan Ini
78130

Keseluruhan
2997932