KEPONG, 21 April - Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) menandatangani Ikrar Bebas Rasuah dalam satu majlis yang diadakan di Institut Latihan Perhutanan Semenanjung Malaysia di sini hari ini.

Lafaz Ikrar serta tandatangan IBR ini dipimpin oleh Ketua Pengarah JPSM, Dato' Hj. Nor Akhirrudin Mahmud disaksikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Dato' Shamshun Baharin Mohd Jamil.

Dato' Shamshun Baharin dalam ucapannya menyeru warga JPSM agar bersama-sama SPRM memerangi jenayah rasuah dalam usaha menjadikan perkhidmatan awam di negara ini bebas rasuah menjelang tahun 2020.

Turut menandatangani IBR pada majlis ini ialah Pengarah-Pengarah Bahagian serta Ketua-Ketua Unit di Ibu Pejabat JPSM.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
226
Semalam
432
Minggu Ini
1224
Bulan Ini
5003

Keseluruhan
3210236