KUANTAN, 17 Mac - Pengarah SPRM Negeri Pahang, Dato’ Tan Kang Sai telah membuat kunjungan hormat kepada Setiausaha Kerajaan (SUK) Pahang, Yb. Dato’ Sri Muhammad Safian Ismail dalam usaha untuk memperkemaskini dan mengeratkan jalinan kerjasama antara SPRM Negeri Pahang dengan SUK Negeri Pahang.

Selain itu kunjungan ini juga bertujuan membincangkan kerjasama yang boleh diadakan antara SUK Negeri Pahang dan SPRM Pahang untuk melaksanakan program secara bersama bagi tahun 2017.

Menerusi pertemuan ini, Dato’ Sri Muhammad Safian Ismail melahirkan sokongan penuh terhadap usaha-usaha SPRM dalam membanteras rasuah yang bukan sahaja melalui operasi siasatan tetapi juga melalui program bersemuka dengan masyarakat.

Hasil daripada perbincangan ini juga satu persetujuan telah diperolehi bagi mengadakan program menandatangani dan lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) anjuran bersama SUK Negeri Pahang dan SPRM Pahang akan dilaksanakan pada bulan April 2017 yang akan melibatkan peserta dari kalangan EXCO Kerajaan Negeri Pahang.

Turut hadir pada kunjungan ini ialah Timbalan Pengarah (Operasi) SPRM Pahang, KPKPj Ab. Muneim Ibrahim, Ketua Siasatan SPRM Negeri Pahang, PsK Muhd Rohaizi Che Cob, dan Ketua Unit Pendidikan Masyarakat (PenMas) SPRM Pahang, PKPs Mohamad Bin Hussain.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
222
Semalam
432
Minggu Ini
1220
Bulan Ini
4999

Keseluruhan
3210232