KUANTAN, 17 Mac – Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Pahang telah menyahut seruan SPRM untuk menjadi agensi yang bersih dan bebas rasuah menerusi Majlis Lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di Ballroom Hotel M.S Garden Kuantan hari ini.

Majlis melafaz dan menandatangani IBR ini diketuai oleh Tuan Sawalludin Bin Ahmad, Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Pahang, disaksikan oleh YH. Dato’ Tan Kang Sai, Pengarah SPRM Pahang dan Tuan Mohd Naser Bin Harun, Timbalan Ketua Pengarah Operasi Lembaga Pertubuhan Peladang Malaysia. Turut menandatangani ikrar ini semua Ketua-Ketua Bahagian LPP Negeri Pahang dan Ketua LPP Daerah.

Kehadiran seramai lebih kurang 100 orang pegawai LPP ke program ini merupakan satu manifestasi kepada sokongan dan komitmen yang berterusan LPP terhadap usaha-usaha SPRM untuk menjadikan Negara Malaysia bebas daripada belenggu jenayah rasuah.

Kerjasama strategik antara LPP dan SPRM akan memberi tumpuan kepada peningkatan nilai-nilai integriti di kalangan warga kerja LPP serta memastikan ketirisan peruntukan dan penyelewengan kuasa tidak berlaku di dalam pentadbiran jabatan.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
15
Semalam
244
Minggu Ini
15
Bulan Ini
3174

Keseluruhan
3184499