KUCHING, 15 Mac – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) terus menjunjung komitmen bersih dan bebas rasuah menerusi lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) oleh warga LHDNM Cawangan Kuching bertempat di Auditorium Belian, Akademi Percukaian Malaysia, Kuching, Sarawak pagi ini.

Seramai kira-kira 100 pegawai dan kakitangan LHDNM Sarawak telah menandatangani IBR di hadapan Pengarah LHDNM Negeri Sarawak Y. Brs. Cik Ramlot bin Keli sambil disaksikan oleh Pengarah serta pegawai-pegawai kanan SPRM Sarawak.

Majlis yang diadakan ini merupakan kesinambungan daripada Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang telah dilaksanakan oleh Ibu Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia. Terdahulu, LHDNM telah menandatangani IBR  pada 10 Januari yang lalu dan merupakan agensi kerajaan yang pertama telah menandatangani ikrar tersebut.

Lafaz ikrar ini ialah manifestasi kesungguhan LHDNM untuk memastikan pentadbirannya dilaksanakan dengan telus dan bersih bukan sahaja pada semua peringkat, baik ibu pejabat mahupun cawangan.

Perasmian majlis ini telah disempurnakan oleh Y. Bhg. Dato’ Badrul Shah bin Norman, Pengarah SPRM Sarawak. Majlis ini turut diserikan lagi dengan kehadiran Tuan Haji Shamsudin bin Mohd Daham, Pengarah Cawangan Siasatan LHDNM Kuching dan Encik Lim Kiew Thai, Pengarah LHDNM Cawangan Kuching. Turut bersama dalam majlis perasmian ini ialah KPKPj. Rosley bin Mohd Satar, Timbalan Pengarah Operasi dan juga P/PKPj. Zulhairy bin Zaidel, Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Sarawak.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
42
Semalam
159
Minggu Ini
1270
Bulan Ini
5120

Keseluruhan
3196639