PUTRAJAYA, 15 Mac - Warga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini melafaz Ikrar Bebas Rasuah menerusi satu majlis yang diadakan bersempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Pelajaran Malaysia yang berlangsung di Kompleks E di sini hari ini.

Lafaz Ikrar Bebas Rasuah ini dipimpin oleh Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan Kementerian Pendidikan Malaysia, Dato' Sri Azmi Latif.

Terdahulu Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan SPRM, Dato' Shamshun Baharin Mohd Jamil menerusi ucapannya berkata komitmen yang diberikan oleh warga KPM akan menjadi pembakar semangat kepada SPRM untuk terus membanteras jenayah rasuah di negara ini.

Selain itu beliau turut menegaskan bahawa elemen integriti perlu dibudayakan di KPM bagi memastikan hasrat untuk melahirkan generasi yang berilmu dan berakhlak mulia menjadi satu kenyataan.

Ikrar Bebas Rasuah ini kemudiannya ditandatangani oleh Ketua Setiausaha KPM, Dato' Sri Alias Hj. Ahmad mewakili Pengurusan Tertinggi KPM dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Dr. Khair Mohamad Yusof mewakili warga pendidik KPM dan diserahkan kepada Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan SPRM, Dato' Shamshun Baharin Mohd Jamil sambil disaksikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Dato' Sri Mahdzir Khalid.

Turut diadakan pada majlis tersebut ialah sesi Ceramah Integriti bertajuk 'Integriti dan Rasuah Antara Mencari Nikmat atau Menempah Laknat' oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Dato' Hj. Abdul Samat Kasah.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
1144
Semalam
1385
Minggu Ini
1144
Bulan Ini
78121

Keseluruhan
2997923