KUCHING,  11 Julai - Development Bank Of Sarawak (DBOS) mengambil inisiatif mencegah rasuah dalam organisasi dengan melafaz dan menandatangani  Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di Pejabat Development Bank Of Sarawak di sini hari ini.

Bacaan lafaz ikrar tersebut telah diketuai oleh Puan Noraini binti Edris, Ketua Pegawai Kewangan & Sumber Manusia, DBOS.

Sementara itu, sesi menandatangani ikrar ini telah disempurnakan oleh Encik Sim Kheng Boon, Ketua Pegawai Eksekutif DBOS dan disaksikan oleh TPj Razim bin Mohd Noor, Pengarah SPRM Negeri Sarawak.

Hadir bersama hadir dalam majlis ini ialah PKPj. Zulhairy bin Zaidel, Timbalan Pengarah, SPRM Sarawak bersama pegawai - pegawai kanan DBOS.

Seramai 25 orang warga Development Bank Of Sarawak turut melafaz Ikrar ini.

Turut diadakan ialah sesi ceramah berkaitan pencegahan rasuah dan integriti yang telah disampaikan oleh Ps. Alice Voon Mei Ling dari Unit Pendidikan Masyarakat, SPRM Sarawak.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
21
Semalam
204
Minggu Ini
8587
Bulan Ini
26143

Keseluruhan
3319441