SHAH ALAM, 13 Mac – Kumpulan Karangkraf komited dalam menyokong hasrat SPRM menjauhi rasuah dengan melafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di Auditorium Karangkraf hari ini.

Lafaz IBR dipimpin Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Karangkraf, Dato' Dr Hussamuddin Haji Yaacub dan disaksikan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

Seramai 120 kakitangan yang terdiri daripada ketua-ketua jabatan setiap anak syarikat dibawah Karangkraf dan editor- editor Sinar Harian dan majalah hadir pada majlis ini.

Turut hadir ialah Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Dato Abdul Samat Kasah dan Pengarah SPRM Selangor, Dato Hj Alias Salim.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
275
Semalam
111
Minggu Ini
275
Bulan Ini
15158

Keseluruhan
3282484