ALOR STAR, 10 Januari – Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah mengambil inisiatif pencegahan rasuah dengan melafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah, di sini hari ini.

Lafaz dan tandatangan IBR diketuai Ketua Bahagian Kesihatan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah, Dr Syarifah Syazana Syed Ahmad dan disaksikan Pengarah SPRM Kedah, Dato' Hj Mohd Fauzi Hj Mohamad.

Turut hadir pada majlis ini ialah Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah, Dr Ahmad Shafri Hassan; Ketua Bahagian Industri Ternakan, Siti Nurkhadijah Md Yusof; Ketua Bahagian Penguatkuasa, Encik Mohd Tarmizi Othman dan seramai 61 pegawai Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah serta pegawai-pegawai SPRM Negeri Kedah.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
274
Semalam
111
Minggu Ini
274
Bulan Ini
15157

Keseluruhan
3282483