PULAU PINANG, 9 November – Jabatan Penjara Negeri Pulau Pinang telah kukuhkan kerjasama bersama SPRM dengan melafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di Dewan Sri Mutiara, Kompleks Penjara Seberang Perai hari ini. 

Lafaz ikrar telah diketuai oleh Penguasa Penjara, Shirley Jungot dan diikuti oleh 170 pegawai dan kakitangan Jabatan Penjara Pulau Pinang. Upacara tandatangan IBR pula telah diketuai oleh Penolong Kanan Komisioner, Husin Johari, Pengarah Penjara Seberang Perai bersama tiga pegawai kanan Penjara yang disaksikan oleh Timbalan Komisioner Penjara Roslan Hj Mohamed, Pengarah Penjara Negeri.

Hadir sebagai saksi di majlis ini ialah Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Abd Aziz Aban.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
65
Semalam
364
Minggu Ini
976
Bulan Ini
3655

Keseluruhan
3216849