PULAU PINANG, 10 November -Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Negeri Pulau Pinang telah menzahirkan sokongan terhadap usaha pencegahan rasuah dengan melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dalam satu majlis yang diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Negeri Pulau Pinang hari ini. 

Lafaz Ikrar telah diketuai oleh Ketua Nazir Negeri Pulau Pinang,  Encik Zulkifli Yahya, seterusnya beliau bersama Timbalan Ketua Nazir Negeri Pulau Pinang, Encik Mohamad Harun Mohd Salleh telah menandatangani IBR dengan disaksikan oleh Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Pulau Pinang, PKPj Awangkok Ahmad Taufik Putra. 

 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
74
Semalam
204
Minggu Ini
1214
Bulan Ini
3817

Keseluruhan
3202910