GEORGETOWN, 12 Oktober – Warga Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Cawangan Georgetown melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dalam satu majlis yang diadakan di Wisma PERKESO di sini hari ini.

Lafaz ikrar dan tandatangan IBR dipimpin oleh Pengurus PERKESO cawangan Georgetown, Encik Shaharuddin Waled dan disaksikan oleh Timbalan Pengarah Operasi SPRM Pulau Pinang, KPKPj Ch'ng Soon Heng.

Menerusi majlis ini juga warga PERKESO Cawangan Georgetown mengambil peluang untuk mendaftar sebagai ahli Sahabat Gerakan Revolusi Anti Rasuah (GERAH) menerusi kaunter pendaftaran yang dikendalikan oleh SPRM Pulau Pinang.

Turut menyerikan majlis adalah Ceramah Akta dan Pengenalan Kepada SPRM yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Pulau Pinang, PKPj Awangkok Ahmad Taufik Putra Awang Ismail.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
109
Semalam
199
Minggu Ini
1178
Bulan Ini
5028

Keseluruhan
3196547