PUTRAJAYA, 11 Oktober - Warga kerja Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) serta mendaftar sebagai ahli Sahabat GERAH (Gerakan Revolusi Anti Rasuah) dalam satu majlis yang diadakan di sini hari ini.

Lafaz Ikrar dan tandatangan IBR diketuai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong yang kemudiannya turut meyerahkan borang keahlian Sahabat GERAH kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

Tan Sri Dzulkifli menerusi ucapannya menyeru warga MPIC agar menyokong inisiatif yang dilaksanakan oleh SPRM dalam usaha memerangi jenayah rasuah.

Di akhir ucapannya Tan Sri Dzulkifli mengajak warga MPIC untuk sama-sama melaungkan Kempen 3J iaitu Jangan Hulur, Jangan Kawtim dan Janga Setel sebagai tanda sokongan warga kementerian itu terhadap usaha membanteras rasuah di negara ini.

Turut hadir pada majlis ini ialah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC), Datuk Datu Nasrun Datu Mansur, Ketua Setiausaha MPIC, Datuk K. Yogeesvaran, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan SPRM, Dato' Shamshun Baharin Mohd Jamil, Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha MPIC serta Ketua-ketua Pengarah Agensi di bawah MPIC.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
50
Semalam
432
Minggu Ini
1048
Bulan Ini
4827

Keseluruhan
3210060