PUTRAJAYA, 5 Okt - Warga Perbadanan Putrajaya melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama SPRM dalam usaha meningkatkan integriti dan menzahirkan komitmen perangi rasuah hari ini.

Majlis yang berlangsung di Auditorium Cempaka Sari, Perbadanan Putrajaya itu diketuai oleh YBhg. Datuk Seri Hj Hasim Bin Hj. Ismail, Presiden Perbadanan Putrajaya dan disaksikan oleh YBhg. TPj Md Yusoff Bin Md Zain, Pengarah Bahagian Pemeriksaan & Perundingan SPRM. 

Majlis juga diserikan dengan sebuah ceramah tentang kesalahan-kesalahan rasuah menurut Akta SPRM yang disampaikan oleh PKPj Mohamad Tarmize Abdul Manaf dari Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM. 

Turut hadir pada majlis ini adalah YBhg. Datuk Hajah Rosida Binti Jaafar, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan & Sosio Ekonomi) Kementerian Wilayah Persekutuan.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
110
Semalam
199
Minggu Ini
1179
Bulan Ini
5029

Keseluruhan
3196548