KOTA SAMARAHAN, 3 Okt - Pejabat Kesihatan Bahagian (PKB) Samarahan menzahirkan komitmen untuk meningkatkan integriti dan memerangi rasuah dengan melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bertempat di Bilik Mesyuarat, PKB Samarahan di sini hari ini.

Bacaan lafaz ikrar tersebut telah diketuai oleh Dr. Nur Fatihah Oh Abdullah, Pegawai Kesihatan Bahagian Samarahan dan telah disaksikan oleh PKPj. Zulhairy bin Zaidel, Timbalan Pengarah SPRM Sarawak mewakili Pengarah SPRM Sarawak.

Ikrar Bebas Rasuah PKB Samarahan ini telah dilafazkan oleh seramai kira-kira 25 orang warga PKB Samarahan yang terdiri daripada doktor-doktor serta Ketua-Ketua Seksyen di PKB Samarahan.

Turut hadir memeriahkan majlis tersebut ialah Dr. Noor Baizura Hj Jamali, Pegawai Epidemiologi Bahagian Samarahan dan juga pegawai-pegawai daripada SPRM Sarawak.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
110
Semalam
199
Minggu Ini
1179
Bulan Ini
5029

Keseluruhan
3196548