PUTRAJAYA, 8 September - Jabatan Alam Sekitar (JAS) meneruskan inisiatif Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama SPRM dalam satu majlis yang berlangsung di Dewan Baiduri JAS Putrajaya. 

Majlis ini telah diikrar dan ditandatangani oleh YBhg Dato' Dr Ahmad Kamarulnajuib bin Che Ibrahim, Ketua Pengarah JAS yang disaksikan oleh YBhg. Dato' Hj Abdul Samat bin Kasah, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat (PenMas) SPRM. Turut hadir pada majlis ini adalah Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JAS, Tn Ismail bin Ithnin dan Timbalan Ketua Pengarah  (Operasi) JAS, Tn Mokhtar bin Abdul Majid serta KPKPj Nor Rasmi bin Shari, Ketua Unit Integriti (KUI) Kementerian Sumber Asli.

 

Turut diadakan pada majlis ini ialah pendaftaran Sahabat GERAH SPRM yang diuruskan oleh pegawai SPRM dari Bahagian PenMas SPRM.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
13
Semalam
97
Minggu Ini
983
Bulan Ini
3319

Keseluruhan
3189968