SUNGAI BULOH, 9 Ogos - Lembaga Getah Malaysia (LGM) tidak ketinggalan untuk bersama-sama agensi kerajaan dan swasta yang lain dengan turut menyokong inisiatif SPRM melalui tandatangan dan lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dalam satu majlis yang diadakan di Akademi Havea Malaysia di sini hari ini.

Lafaz ikrar serta tandatangan IBR telah diketuai Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan & Inovasi) LGM, Dr. Zairossani Mohd Nor dengan disaksikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan & Profesionalisme) SPRM, Dato' Sri Mohd Jamidan Abdullah. Turut menandatangani IBR pada majlis ini ialah lima orang pengurusan tertinggi MPT LGM.

Terdahulu satu sesi ceramah bertajuk "Matlamat Tidak Menghalalkan Cara" telah disampaikan oleh Pegawai Integriti Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC), Tuan Khairul Anuar Hj. Johari.

Hadir bersama pada majlis ini ialah Ketua Cawangan Agensi Berkaitan Kerajaan SPRM, PKPj Siti Zakiah Che Man dan pegawai-pegawai kanan SPRM.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
111
Semalam
199
Minggu Ini
1180
Bulan Ini
5030

Keseluruhan
3196549