PUTRAJAYA, 8 Ogos - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) hari ini telah menandatangani Ikrar Bebas Rasuah dalam usaha memperkasakan integriti warga jabatan berkenaan.

Lafaz ikrar oleh 400 pegawai dan kakitangan JIM itu diadakan di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat JIM diketuai oleh Ketua Pengarah JIM, Dato' Sri Hj. Mustafar Ali dengan disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Dato' Azam Baki.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Nyrjazlan Mohamed, Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Dato' Masir anak Kujat, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Dato' Sri Alwi Hj. Ibrahim, Pengarah Bahagian Integriti JIM, KPKPj Nazli Rasyid Hj. Sulong dan pegawai-pegawai kanan SPRM.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
111
Semalam
199
Minggu Ini
1180
Bulan Ini
5030

Keseluruhan
3196549