PETALING JAYA, 17 Julai - Warga kerja Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) menyahut seruan SPRM dengan melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dalam satu majlis yang diadakan di sini hari ini.

Inisiatif ini melambangkan komitmen ANGKASA dalam menyokong usaha memerangi rasuah dan salahguna kuasa bersama-sama SPRM.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Dato' Shamshun Baharin Mohd Jamil dalam ucapannya berkata tindakan para kepimpinan ANGKASA menandatangani IBR jelas memperlihatkan komitmen organisasi tersebut untuk bebas daripada rasuah dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Tambah beliau komitmen dan sokongan padu yang ditunjukkan oleh seluruh warga kerja ANGKASA akan menjadi pembakar semangat kepada SPRM untuk terus berjuang memerangi jenayah rasuah dan salahguna kuasa.

Seramai 440 orang warga kerja ANGKASA melafaz ikrar yang diketuai Presiden ANGKASA, Dato' Hj. Abdul Fattah Hj. Abdullah dan disaksikan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Dato' Shamshun Baharin Mohd Jamil dalam Majlis Menandatangani IBR dan Memorandum Persefahaman (MoU) antara ANGKASA dan SPRM.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato' Henry Sum Agong, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Dato' Hj. Abdul Samat Kasah dan Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik SPRM, KPKPj Mohamad Zakkuan Talib.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
1202
Semalam
1474
Minggu Ini
22258
Bulan Ini
72728

Keseluruhan
3170104