KUALA LUMPUR, 13 Jun - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersempena Hari Inovasi TLDM 2017 yang dijalankan serentak secara sidang video antara MINDEF Kuala Lumpur dengan TLDM Lumut, TLDM Pahang, TLDM Kota Kinabalu, dan TLDM Langkawi.

Lafaz Ikrar Bebas Rasuah diketuai oleh Panglima Tentera Laut (PTL) Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Hj Ahmad Badaruddin dan disaksikan oleh YBhg Dato' Mohd Azam Baki TKP (Operasi) SPRM diikuti oleh Warga TLDM di MINDEF, TLDM Lumut, TLDM Pahang, TLDM Kota Kinabalu, dan TLDM Langkawi.

Upacara menandatangan IBR di Pengkalan TLDM Lumut diketuai Oleh Panglima Armada Barat, Laksamana Madya Dato' Seri Panglima Mohamad Roslan Mohamad Ramli dan disaksikan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Dato' Shamshun Baharin Mohd Jamil.

Di Kuantan tandatangan IBR diketuai oleh Panglima Wilayah 1, Laksamana Muda Datuk Mohd Reza Mohd Sany dan disaksikan oleh Pengarah Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Simi Abd Ghani.

Di Markas Angkatan Kapal Selam, Sepanggar, Kota Kinabalu Sabah pula tandatangan IBR diketuai oleh Panglima Wilayah Laut 2, Laksamana Muda Datuk Abdul Rahman Ayob dan disaksikan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, KPKPj Razim Mohd Nor.

Turut menandatangani IBR ialah warga Markas Wilayah Laut 3, Langkawi, Kedah yang diketuai oleh Panglima Wilayah Laut 3, Rusli Ahmad dan disaksikan oleh Pengarah SPRM Negeri Kedah, Dato’ Hj. Mohd Fauzi Hj. Mohamad.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
816
Semalam
2206
Minggu Ini
19656
Bulan Ini
74977

Keseluruhan
2994779