BANGI, 19 Mei - Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Bactris, Ibu Pejabat MPOB di sini hari ini.

Lafaz ikrar dan tandatangan IBR ini merupakan salah satu usaha MPOB menzahirkan sokongan terhadap SPRM serta komitmen pengurusan tertinggi MPOB dalam memastikan warga MPOB menjalankan tanggungjawab dengan lebih berintegriti.

Pada majlis ini, Ketua Pengarah MPOB, Dr. Hj. Ahmad Kushairi Din telah mengetuai lafaz ikrar dan tandatangan Ikrar Integriti Rasuah diikuti oleh Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah dan Pengarah-Pengarah Bahagian MPOB sambil disaksikan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, KPKPj Razim Mohd Noor.

Turut hadir pada majlis ini ialah Pegawai Integriti MPOB, Tuan Khairul Anuar Johari, PKPj Tarmize Abd Manaf, PKPj Siti Zakiah Che Man dan PPj Suryani Ali.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
42
Semalam
159
Minggu Ini
1270
Bulan Ini
5120

Keseluruhan
3196639